Hamster ^_^

Monday, October 14

Jagalah Maruahmu Wahai Wanita Kerana Dirimu Begitu Berharga



Aurat wanita merupakan sesuatu yang penuh daya tarikan bagi lelaki. 
Jangankan melihatnya, mengkhayalkan sahaja sudah menimbulkan fantasi yang luar biasa difikiran mereka.
Bukanlah lelaki normal namanya kalau nafsu syahwatnya tidak memuncak melihat pemandangan yang indah ini.

Aurat wanita, adalah suatu pemandangan yang menimbulkan kekaguman yang luar biasa diatas kesempurnaan ciptaan ALLAH S.W.T, tetapi dalam sekejap juga mampu meningkatkan gerakan saraf dan hormon sehingga tercipta suatu kenikmaktan yang teramat dalam.
Kenikmatan yang membuat mulut kaum lelaki sedikit terbuka, nafas sedikit kencang dan mata yang tidak boleh berkedip, begitulah realiti yang ada.

Jika lelaki suka melihat aurat wanita, maka wanita pula suka memperlihatkan aurat mereka dihadapan kaum lelaki.
Sememangnya benar apa yang terkandung didalam Al-Quran, bahawa ALLAH S.W.T menciptakan segala sesuatu didunia ini secara berpasang-pasangan.
Dengan memakai pakaian yang menampakkan segala bentuk tubuh yang menggiurkan, dengan gaya ghairah menggoda yang mengasyikkan, mereka melangkah dihadapan para lelaki.
Mungkin mereka tidak tahu atau sebenarnya tahu tetapi tidak ambil peduli,
bahawa kaum lelaki disekitarnya sedang menikmati keindahan yang secara tidak langsung mereka tawarkan, suatu pesona yang tidak dikenakan bayaran untuk menikmatinya.
Jika sesiapa yang ingin melihat keindahan pemandangan dipusat-pusat pelancongan yang terkenal diluar negara, maka dia haruslah mengeluarkan perbelanjaan puluhan malahan ratusan ribu ringgit, tetapi untuk melihat keindahan semulajadi yang paling indah yang pernah diciptakan ALLAH S.W.T ini adalah secara percuma sahaja.
Kalau begitu bererti pemandangan dan pesona yang teramat indah ini hanyalah pesona murahan belaka.

Apakah kaum wanita itu tidak tahu bahawa pesona tubuh mereka itu adalah suatu pemandangan yang terindah yang pernah tercipta?
Apakah mereka tidak tahu bahawa sebenarnya kecantikkan yang ada pada tubuh mereka itu adalah satu amanah dari ALLAH S.W.T yang harus dijaga?
Apakah mereka tidak tahu bahawa keindahan tersebut hanya boleh dinikmati oleh orang yang berhak keatas diri mereka sahaja?
Begitu juga, apakah mereka tidak tahu bahawa ALLAH S.W.T sangat memuliakan kaum wanita sehingga ada salah satu surah didalam Al-Quran yang khusus bercerita tentang mereka?

Wahai kaum wanita, makhluk ciptaan ALLAH yang paling indah! Jagalah serta peliharalah dengan baik amanah dari ALLAH S.W.T yang teramat berat dan indah yang telah ALLAH S.W.T kurniakan dan berikan pada kita kaum wanita sebaik mungkin!
Jika kamu terbiasa dengan memakai pakaian yang zalim, iaitu pakaian yang tidak patut kamu pakai, maka mulalah mengenakan pakaian baik.
Pakailah pakaian yang tidak memperlihatkan tubuh kamu,
yakni pakaian yang membuat kamu tidak diganggu olah kaum lelaki.

Firman ALLAH S.W.T, yang bermaksud:

“sesiapa yang mengerjakan amal soleh,
baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman,
maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan
dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka
dengan pahala yang lebih dari apa yang mereka kerjakan.”

(An-Nahl:97)